Custom Search

3.10.09

‘Tolak hukum Islam murtad’

KUALA LUMPUR: “Kalau kita menolak hukum Islam, itu murtad namanya,” tegas Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria mengulas cadangan Kumpulan Tindakan Bersama untuk Persamaan Jantina (JAG) dianggotai Sisters in Islam dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain supaya hukuman sebat dalam undang-undang syariah dinilai sekali gus dimansuhkan.

JAG yang dibangun atas nama pembela hak asasi manusia sebelum itu menggesa kerajaan menilai kembali dan memansuhkan undang-undang syariah yang menerapkan hukuman sebatan berikutan menurut mereka dianggap mendera selain mencabul prinsip hak asasi manusia antarabangsa yang menganggapnya kejam, tidak berperikemanusiaan dan menjatuhkan maruah.

Mereka turut mendakwa mengikut peruntukan Seksyen 289 Kanun Acara Jenayah menyebut dengan jelas wanita dilarang daripada tindakan sebat sekali gus bercanggah dengan sebatan mengikut undang-undang Syariah yang aktif dijalankan Perlis, Pahang dan Kelantan.

Mengulas isu itu, Harussani berkata, Allah SWT secara terang menyebut dalam al-Quran bahawa apa yang didatangkan dan dihukum Rasullah s.a.w hendaklah diambil sekali gus diikuti, manakala larangannya perlu dipatuhi dan jangan sesekali diamalkan dalam kehidupan harian.

“Jadi hukuman ini (sebat kerana minum arak) memang disuruh Nabi Muhammad s.a.w, kenapa pula kita tidak ikut, dan mereka ini (JAG) atau Sisters in Islam ini sebenarnya menentang Islam ke, bukannya mereka mengikut ajaran Islam.

Source : myMetro

To Sisters in Islam (Islam??really?) : lu pikir la sendiri

5 comments:

  1. SIS ni patutnya kita ignore saja... biar lah depa nak bising ke haru biru ker... gasak la dia org kan????

    ReplyDelete
  2. This is debate that we shouldn't politicize kan?

    I always think apa2 hal pun its between kita & tuhan. cant be simply calling people murtad coz nnt kita juga dapat dosa for name calling people.

    i think yg makin jd hangat is when people putting up this issues just to get political milage, kan?

    ReplyDelete
  3. abang a'a : i think they're like lalat buzzing in our ears, no? irritating, phbtt!

    Mama-Miya a.k.a Jedi Hopeful a.k.a Proud Zakiah Khairani : wahhh panjangnya nama! :-D

    btw, i agree that ISLAM should never be policize. it's just that sometimes these news i read kinda irritates me, esp when a muslim woman yang tak arif tentang agama (jsut like me) nak memperjuangkan whatever hak2 they're shouting about, walhal apa yang diperjuangkan bertentangan dengan hukum Tuhan.

    I don't mean to offend any bloggers with this copied article so i hope none will get offended ya.

    i just heard that if kita tak mampu cegah sesuatu benda buruk dengan perbuatan then do it with lisan and jika masih x mampu then dengan hati.

    this blog is one way for me to do it, BUT like i said, with no intention to offend any bloggers ya :-)

    ph ya, isu murtad no komen, saya tidak berhak mengulas bab hukum sebab tak arif bab2 agama ni :-)

    ReplyDelete
  4. totally agree with you...kita buat aje lah apa yg kita mampu kan? janji we tried. tak dpt cegak thru action, dgn hati dah cukup.

    ReplyDelete
  5. kecoh betul kes ni.. apa kisah sebenarnya? apasal ramai org nak masuk campur ??? dia tu dah kata nak terima sebat.. ikut suka dia la.. apa citer nya lagi nih eh???

    ReplyDelete

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin